Surat Edaran JPA
bertarikh 28 Januari 2010 memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan
diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran
atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara
pilihan. Manakala bakinya akan dibayar apaila sampai umur persaraan sebenar. Walau
bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan
akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen. Ganjaran yang
dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada
kerajaan telah dijelaskan. "Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi
untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada
GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang,
bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai,
Kelonggaran boleh
diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan
(berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota
atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat
tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi
mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan
tindakan undang-undang).
Sekiranya anggota
bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan
Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian
Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan. "Memandangkan kelulusan permohonan
persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak
Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada
Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan
Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan
pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas
surat yang sama untuk pertimbangan JPA, .
Sekiranya pesara
meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan
dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam
Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan
13(2)Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990
iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota
yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya. .
Bagi anggota yang ingin
supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang
dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk
pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan
surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan
faedah persaraannya. Syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan
dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan
pada dan selepas 1 Feb tahun ini. .
"Semua persaraan
pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa
persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya
No comments:
Post a Comment