Seorang ibu meraung sambil mendakap erat mayat anak perempuannya yang
terbunuh apabila kereta dipandunya tiba-tiba mengundur sebelum menggilis kepala
mangsa hingga pecah. Dalam kejadian ngeri di Jalan 25/70A, Sri Hartamas
kira-kira jam 2 petang semalam, ibu warga Korea berusia 20-an terbabit
dikatakan tertekan gear mengundur menyebabkan tayar belakang menggilis kepala
anaknya yang kebetulan berada di belakang kereta itu. Sebelum itu, mangsa,
Isabel Chong, 3, dan bapanya sudah turun awal dari kereta untuk makan di
restoran berhampiran manakala ibunya masih dalam kereta. Mangsa berada di
belakang kereta kerana mahu menunggu ibunya. Kemalangan ngeri itu menyebabkan
Isabel yang memakai kemeja-T dan seluar pendek merah jambu maut di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa terperosok di bawah
kereta sambil ibunya menangis dan cuba menolak kereta berkenaan.
Wanita itu yang tidak dapat menahan kesal atas perbuatan yang
disifatkannya sebagai kecuaian hingga membunuh anaknya sendiri menghantuk
kepalanya berulang kali pada kereta. Seorang saksi, Shahidah Hussin, 19,
berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di kedai menjual peralatan kamera
tidak jauh dari tempat kejadian. “Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek meletup
di luar kedai sebelum mendapati sebuah Proton Wira terbabas menaiki bahu jalan
sebelum melanggar pokok. “Orang ramai kemudian berpusu-pusu mengelilingi tempat
kejadian dan melihat seorang wanita muda menangis berikutan terdapat sekujur
tubuh kanak-kanak di bawah kereta terbabit berlumuran darah,” katanya. Menurutnya,
wanita terbabit dipercayai ibu kanak-kanak itu menjerit sambil menghantuk
kepalanya pada kereta. Orang ramai yang simpati berusaha mengangkat kereta itu
sebelum mayat mangsa ditarik keluar.
“Sebaik mayat kanak-kanak itu dikeluarkan, ibu mangsa segera memeluk
mayat anaknya sambil meraung kesedihan tanpa menghiraukan orang ramai
melihatnya,” katanya. Menurutnya, suami mangsa yang turut berada di situ jadi
tidak keruan sebelum anggota polis tiba bagi mententeramkan keadaan. “Selepas
dipujuk, ibu kanak-kanak malang itu yang menangis tidak henti berjaya
ditenteramkan sebelum mayat diusung menaiki pacuan empat roda polis untuk
dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. Sementara itu, sumber polis
berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika wanita terbabit, Tan Lih
Ying, 29, cuba memperbetulkan kedudukan keretanya sebelum dipercayai tersilap
memasukkan gear. Menurutnya, kereta terbabit mengundur tiba-tiba lalu menggilis
kepala anaknya itu yang berdiri di belakang kereta berkenaan.
“Difahamkan, sebelum kejadian, suami wanita terbabit baru saja keluar
dari kereta bersama anaknya itu untuk ke restoran berhampiran. Bagaimanapun,
kereta itu tiba-tiba mengundur sebelum tayar hadapan dan belakang kereta itu
menggilis kepala mangsa. “Anggota perubatan Emergency Resource Management yang
tiba beberapa minit kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum
polis dihubungi bagi menjalankan siasatan,” katanya. Bapa kanak-kanak
berkenaan, Eu Gene Chong, 27, enggan ditemuramah wartawan sebaik ditemui di
perkarangan Bilik Mayat HKL. Eu yang masih trauma bertindak menghalau wartawan
yang cuba menghampiri sebelum pasangan berkenaan beredar dari hospital
berkenaan jam 4.30 petang. Difahamkan, polis sehingga kini belum mengambil
keterangan daripada suri rumah berusia 29 tahun berikutan wanita terbabit masih
trauma.
Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang
mengundur .. KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun
maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika
mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang
kelmarin. Dalam
kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori
bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.
Bapanya,
Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan
untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk
melihatnya. Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring
berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).
Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya
termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka. Sementara itu, Ketua
Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal
mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar
pacuan empat roda berkenaan. Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa
mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya. Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan. “Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini. “Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut. “Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya. Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya. Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan. “Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini. “Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut. “Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya. Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
No comments:
Post a Comment