Penyakit
Glaukoma
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=844&Itemid=5
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=844&Itemid=5
Glaukoma ialah salah satu penyebab utama kebutaan yang menjejaskan
hampir jutaan manusia diseluruh dunia. Glaukoma adalah suatu penyakit mata yang
menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik adalah laluan yang membawa
imej yang kita lihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan
merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan hilang penglihatan. Glaukoma
boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang
meningkatkan risiko seseorang mendapat glaukoma termasuklah :
·
meningkat umur.
·
tekanan darah tinggi.
·
sejarah keluarga.
·
Diabetes
·
rabun jauh.
·
rawatan steroid yang
berpanjangan.
·
kecederaan mata.
Tanda &
gejala
Glaukoma terjadi tanpa rasa sakit dan secara perlahan-lahan pesakit
boleh hilang penglihatan tanpa disedari. Oleh itu adalah mustahak ujian
saringan mata dilakukan ke atas pesakit, terutamanya yang mempunyai sejarah
keluarga. Salah satu jenis glaukoma yang dipanggil glaukoma sudut tertutup
mempunyai tanda-tanda seperti mata merah, sakit beserta kabur penglihatan dan
boleh menyebabkan pesakit merasa mual dan muntah. Ini disebabkan oleh tekanan
mata yang tinggi akibat daripada sistem pengaliran dalam mata yang tersekat. Kebanyakan pesakit yang mempunyai
risiko untuk mendapat glaukoma jenis ini mempunyai struktur mata yang berbeza
yang boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan mata sebelum berlakunya serangan
penyakit ini. Ini membolehkan rawatan pencegahan diberikan.
Komplikasi
Tanpa rawatan yang sewajarnya, glaukoma boleh memusnahkan saraf optik.
Medan penglihatan pesakit akan mengecil seperti terowong atau hilang medan
penglihatan dibahagian tengah. Akhirnya, glaukoma boleh menyebabkan pesakit
mendapat kebutaan yang tidak boleh dipulihkan.
Rawatan
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan. Rawatan
pertama ialah menggunakan ubat titis mata yang menyebabkan tekanan intraokular
berkurangan dengan cara memudahkan pengaliran cecair keluar dari mata atau mengurangkan
penghasilan cecair dalam mata. Sesetengah pesakit memerlukan pelbagai ubat
titis mata atau ubat titis mata bersama pil untuk menurunkan tekanan
intraokular dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, terdapat juga rawatan
laser untuk glaukoma sudut tertutup dan glaukoma sudut terbuka. Rawatan laser
untuk glaukoma sudut tertutup selalunya dijalankan untuk mencegah dari
berlakunya serangan akut seperti yang dinyatakan sebelum ini, sementara rawatan
laser untuk glaukoma sudut terbuka dilakukan sekiranya ubat tidak lagi memberi
kesan yang mencukupi atau pesakit mengalami kesukaran untuk menggunakan ubat
tersebut. Pembedahan membuat satu sistem saliran yang baru dilakukan sekiranya
ubat dan rawatan laser tidak lagi berkesan.
Pencegahan
Sehingga kini, rawatan perubatan yang betul dan sempurna dapat merawat
dan mengawal glaukoma. Memandangkan kebanyakan pesakit glaukoma tidak
menunjukkan sebarang gejala, maka pemeriksaan mata termasuk beberapa ujian khas
adalah sangat penting untuk mengelakkan kehilangan penglihatan akibat daripada
penyakit ini.
Glaukoma
sudut tertutup dikaitkan dengan mata merah, sakit diikuti dengan kabur
penglihatan disebabkan oleh kornea berkabut
|
|
No comments:
Post a Comment