Tuesday 18 December 2012

Termakan ‘puisi’ cinta


Termakan ‘puisi’ cinta


Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 hingga 20 kes dilaporkan seminggu dengan kerugian mencecah RM200,000 membabitkan kes penipuan cinta Internet didalangi sindiket warga Afrika. Lebih membimbangkan, hampir 90 peratus wanita atau lelaki yang menjadi mangsa terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang seperti pensyarah, pegawai tinggi kerajaan, jurutera, usahawan serta doktor.

Difahamkan, golongan itu mudah terjerat dengan ayat cinta anggota sindiket kerana terdesak mencari pasangan hidup dan tidak sanggup hidup kesunyian. Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md Din berkata, segelintir mangsa juga mengakui mereka berdepan masalah rumah tangga di samping tiada bersosial dan mencari pasangan di luar.

“Individu berusia antara 30 hingga 45 tahun antara golongan paling ramai ditipu meskipun ada mangsa bukan dalam lingkungan umur berkenaan namun jumlahnya sedikit.

 

No comments:

Post a Comment