Wednesday 12 December 2012

Jutawan Jadi Pekebun Sayur


 




Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

 

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya turut merudum selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet dengan menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika itu sebelum dia diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap. Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an itu menyebabkan dia diperas ugut lelaki terbabit yang mahu mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta. Akibatnya, semua wang dan harta mangsa dikikis dan ibu kepada seorang anak remaja itu kini terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya. Lebih menyedihkan, mangsa rugi besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet, tanpa sekali pun bersua muka. Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Siasatan Jabatan Siber Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, kes membabitkan usahawan wanita itu menjadikan dia mangsa sindiket penipuan Internet oleh lelaki Afrika mengalami kerugian paling besar.

Fakta:

1.   Mangsa kematian suami 10 tahun lalu.

2.   Mangsa berniaga emas dan tukaran wang asing.

3.   Mangsa pernah terima anugerah usahawan wanita berjaya.

4.   Mangsa berkenalan dengan suspek dalam facebook.

5.   Suspek menyamar sebagai lelaki kacak berkulit putih dan ada kerjaya yang mantap.

6.   Suspek pandai mengayat mangsa yang kesunyian bahwa suspek juga dalam kesunyian. Suspek berjanji datang ke Malaysia. Suspek berjanji sanggup sehidup semati sama mangsa dan mahu kahwin dengan mangsa.

7.   Suspek telah mengirim pelbagai hadiah berharga pada tarikh berlainan bertujuan menyakinkan mangsa sebelum suspek meminta gambar bogel mangsa ...

8.   Selepas gambar bogel pertama diterima suspek, suspek memuji kecantikan mangsa ...

9.   Seterusnya suspek terus-terusan meminta hingga dapat 6 gambar bogel dari mangsa.

10.               Enam gambar bogel mangsa diperolehi hanya dalam tempoh 2 bulan sahaja.

11.               Suspek memeras ugut mangsa bahawa ke enam-enam gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sesawang.

12.               Mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun suspek secara berkala.

13.               Segala rumah, kereta mewah dan harta milik mangsa habis terjual untuk membayar wang peras ugut dari suspek yang dipercayai warga Afrika .....

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment