Wednesday 3 October 2012

Penjagaan Gigi


Penjagaan Gigi

Sekiranya gigi anda dijaga sedari kecil, sebenarnya anda tidak perlu khuatir untuk berjumpa doktor gigi! Penjagaan gigi yang betul memerlukan kerajinan serta disiplin yang tinggi. Anda wajib memflos gigi setiap kali selepas anda makan. Paling paling koman pun floslah gigi setiap bangun pagi dan setiap sebelum anda berlabuh untuk tidur malam! Sebaiknya flos gigi setiap kali sebelum ambil wuduk. Flos yang terbaik adalah dari flos asli dan tidak punya sebarang perasa kimia.

Di samping flos gigi secara kerap, anda juga perlu memberus gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Berus gigi yang baik adalah tidak terlalu keras sehingga boleh mencederakan gusi! Ubat gigi pula gunakan ubat gigi semulajadi seperti anda boleh kisarkan cengkih menjadi serbuk ubat gigi! Serbuk cengkih mempunyai sebatian semulajadi yang bersifat membunuh kuman serta mampu menahan rasa sakit dengan memberi rasa kebas ( cengkih boleh berperanan sebagai ubat bius setempat ). Justeru itu, minyak cengkih digunakan sebagai ubat pelali atau penahan sakit gigi bagi prosedur gigi di klinik2 gigi! Sebenarnya, bunga cengkih juga boleh menghasilkan madu lebah yang paling bermutu dan paling lazat dunia!! Tidak seperti ubat gigi yang mungkin mengandungi kimia berbahaya, serbuk cengkih adalah lebih asli serta tidak mengandungi kimia sintetik! Selain serbuk cengkih, terdapat generasi terdahulu yang menghancurkan arang dari tempurung kelapa untuk dibuat sebagai penyental gigi! Gigi mereka biasanya putih berseri selepas disental dengan arang tempurung kelapa dan tahan lama!

Amalkan juga berkumur kumur setiap kali selepas anda makan apa apa makanan.

Jangan malas menjaga gigi sehingga gigi anda rosak. Penanaman gigi (dental implant) sebenarnya mengundang berbagai kesan buruk. Apabila skrew ditanam di dalam tulang rahang atas atau dalam tulang rahang bawah, kerana skrew ini bukan gigi asli anda, mungkin boleh mengundang nanah di sekitar umbi skrew ini. Skrew ini mungkin diperbuat dari titanium dan berharga mahal mungkin dalam lingkungan RM4000/- . Apabila terdapat nanah (jangkitan kuman) di pangkal skrew, gigi terpaksa dicabut dan dibuat torehan dan nanah dialir keluar. Jangkitan kuman di pangkal skrew lebih kerap terjadi sekiranya pesakit itu mengidap penyakit kencing manis!

Sekiranya jangkitan kuman di pangkal skrew terjadi di rahang atas, ia lebih berbahaya kerana rahang atas hampir dengan otak dan jangkitan kuman boleh melarat menyebabkan radang otak (meningitis)! Rahang atas juga hampir dengan cavernous sinus iaitu satu jaringan darah yang alirannya tidak berapa bagus terletak di bawah otak. Sekiranya cavernous sinus dijangkiti kuman, pesakit boleh mendapat angin ahmar akibat darah beku dan jangkitan kuman seluruh badan (septicemia).

Oleh yang demikian, jagalah gigi anda sedari anda kecil. Sekiranya anda telah terlepas waktu itu, pastikan anak anak anda tidak mendapat nasib yang sama!

No comments:

Post a Comment