Sunday 9 September 2012

Ubat Batuk


Ubat Batuk

Semua ibu bapa sayang kepada anak mereka... Justeru, pantang sakit sikit terus dibawa ke dokter. Dokter pula ada macam-macam jenis.. Jika terkena yang mata duitan sudah tentu anak anda diberi sampai 4 atau lima jenis ubat kononnya untuk sebagai ubat spare.. Biasanya ibu bapa tak membantah tetapi menerima saja saranan dokter supaya makan banyak ubat. Anak diberi ubat demam walaupun anak tidak sakit.

Kadang kadang, Ibu bapa sendiri menekan dokter agar memberi ubat antibiotik terbaik, termahal, tercanggih dan paling baru di pasaran kononnya itulah yang terbaik untuk anak mereka. Pendek kata untuk anak mereka, mereka hanya dombakan yang terbaik!!!. Lantaklah apa nak jadi kepada anak orang lain mereka tidak kisah kerana mereka khabarnya adalah golongan berada serta banyak wang.... Ubat baru banyak keburukannya, umpamanya, kesan sampingan ubat masih belum diketahui secara jelas! Justeru, anak anda mungkin akan jadi haiwan ujikaji (guinea pig) bagi menguji kesan sampingan atau keberkesanan sesuatu ubat!

Sedikit saja di kalangan ibu bapa yang berfikir panjang tentang ubat - ubatan moden. Ubat - ubatan moden dicipta melalui kajian kimia oleh biochemist, toxicologist dsbnya. Malangnya, kerana ia dari unsur kimia dan bukan unsur alami, ia akan mempunyai kesan mudarat. Walaupun anda tidak melihatnya dalam jangka pendek, mungkin kesan itu akan terserlah dalam jangka panjang akibat kesan kesan terkumpul (kumulatif)... Ubat alami tidak dapat dipatenkan. Hanya ubat kimia boleh dipatenkan. Namun, ubat malaria yang didapati dari pokok kuinin dicuba paten sebagai ubat kimia. Begitu juga ubat penicillin yang asalnya didapati dari kulat telah dipaten sebagai ubat kimia bagi mengaut keuntungan!

Oleh itu, jangan segan atau malu untuk menyoal dokter @ farmasi kerana adalah hak anda sebagai ibu bapa bertanyakan secara terperinci mengenai kesan kesan sampingan atau kesan buruk ubat ubatan yang diberi oleh dokter / farmasi kepada anak anda...

Biasanya ubat batuk mengandungi H1 Antihistamin. Antihistamin boleh menekan pusat pernafasan (respiratory center suppression) dan menyebabkan anak anda susah bernafas. Kejadian bayi mati tersedak susu mungkin berpunca dari masalah bayi diberi minum ubat batuk sebelum tidur!! Justeru pemberian ubat batuk kepada bayi dibawah umur 2 tahun sebenarnya adalah tidak boleh diamalkan!!

Pusat pusat jagaan bayi amat suka jika bayi jagaan mereka tidur lena. ini menyenangkan tugasan mereka dan lebih masa untuk mereka berehat. Perkara ini boleh dicapai dengan mudahnya jika anggota taska itu mencampurkan ubat batuk ke dalam makanan atau minuman bayi anda! Perlu diingatkan bahawasanya penjualan ubat batuk di kalangan klinik swasta adalah berleluasa dan harganya juga murah!! Bayi yang terminum ubat batuk ini akan tidur lena kerana otak mereka ditekan oleh bahan kimia yang terdapat dalam ubat batuk... Bahan kimia dalam ubat batuk ini juga boleh menekan respiratory center yang menyebabkan anak anda tidak bernafas dan akhirnya mati di dalam buaian walhal semasa anda menghantarnya, bayi itu adalah aktif dan batuknya kalau adapun adalah sedikit saja. Pusat pusat jagaan bayi juga sering mahu untung segera dengan tidak melatih pekerja pekerja mereka dengan kursus basic @ advance neonates / infants cardiopulmonary support.

 

Antara contoh ubat batuk itu adalah seperti berikut

 
Nama Kimia
Contoh Nama Komersial
 
Highly Sedative
 
Diphenhydramine
Benadryl
 
Dimenhydrinate
Dramamine
 
Promethazine
Phenergan
 
Hydroxyzine
Atarax
 
Moderately Sedative
 
Pheniramine
 
 
Antazoline
 
 
Trimeprazine
 
 
Cyproheptadine
 
 
Meclizine
 
 
Buclizine
 
 
Mild Sedative
 
Chlorpheniramine
Piriton
 
Triplolidine
Actifed
 
Cyclizine
 

 

Tahukah anda ubat seperti cyclizine dan meclizine boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan ibu! Kesan ini dinamakan teratogenic effect!! Ubat ubat alami julung julung kali menyebabkan kesan sampingan kepada manusia dan biasanya adalah selamat untuk manusia. Namun begitu, ubat ubat kimia menjadi pilihan doktor, farmasi dan kilang ubat kerana ia boleh dipatenkan dan dari sini menjana wang yang amat banyak!!!

No comments:

Post a Comment